TOPIK : PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN
(TINGKATAN 3)

1.     Pembiakan terbahagi kepada dua jenis iaitu pembiakan seks dan ___________.

2.     Sel-sel pembiakan disebut juga sebagai ________________.

3.     Gamet jantan bagi haiwan disebut _______________.

4.     Gamet betina bagi haiwan disebut _______________.

5.     Gamet jantan bagi tumbuhan disebut butir ______________.

6.     Gamet betina bagi tumbuhan disebut ________________.

7.     Proses percantuman nukleus gamet jantan dan gamet betina disebut _________

8.     Dalam manusia sperma dihasilkan oleh ______________.

9.     Dalam manusia ovum dihasilkan oleh ________________.

10.     Proses persenyawaan dalam manusia berlaku di dalam tiub ______________.

11.     Proses percantuman sperma dan ovum menghasilkan _____________.

12.     Tumbesaran zigot berlaku di dalam ________________.

13.     Struktur sistem pembiakan lelaki yang berfungsi melindungi testis ialah

        ______________.

14.     Proses pembebasan ovum yang matang daripada ovari wanita dalam satu kitar

        haid dikenali sebagai _______________.

15.     Namakan sel yang paling kecil dalam badan lelaki.

16.     Namakan sel yang paling besar dalam badan perempuan.

17.     Zigot ----> embrio ----> ___________ --------> bayi.

18.     Namakan struktur yang berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada

        embrio semasa berada dalam uterus.

19.     Namakan kaedah pembiakan aseks bagi yis dan hidra.

20.     Pembentukan _____________ oleh tumbuhan tidak berbunga seperti kulat dan

        paku pakis membolehkan tumbuhan tersebut membiak.

21    . Pembiakan tumbuhan secara aseks melalui struktur-struktur seperti keratan

         batang, bebawang, tuber, rizom dan batang rayap dikenali sebagai pembiakan

        ___________________.

22.     Makanan ibu-ibu yang hamil mestilah mengandungi lebih banyak zat _______

        (zat besi) kerana mineral tersebut diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah

          merah.

23.     Suntikan tiga serangkai diberi kepada bayi sebagai langkah pengimunan

          terhadap penyakit difteria, batuk kokol dan ______________.

24.     Semasa bayi berumur 9 bulan suntikan bagi mencegah penyakit ____________

         perlu diberi.

25.     Bahagian pembiakan jantan bagi sekuntum bunga disebut _____________.

26    . Bahagian pembiakan betina bagi sekuntum bunga disebut ___________.

27.     Stamen bagi sekuntum bunga terdiri daripada filamen dan ______________.

28.     Pistil bagi sekuntum bunga terdiri daripada ovari yang mengandungi ovul, stil

         dan ________________.

29.     Proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dikenali sebagai
 
         __________________.

30.     Bahagian bunga yang berfungsi melindungi struktur-struktur bunga semasa

         peringkat kudup ialah _________________.

31.     Bunga yang didebungakan oleh angin mempunyai stigma yang ___________

         dengan stil yang panjang dan tergantung di luar bunga.

32.     Batang yang mendatar di bawah tanah (contohnya bagi pokok lalang) dikenali

         sebagai ________________.

33.     Proses penyebaran biji benih dan buah menjauhi pokok induknya dikenali sebagai

        ________________.

34.    Namakan liang seni pada biji benih yang membenarkan kemasukan air dan

         udara. _______________

35.     Bahagian biji benih yang akan berkembang menjadi akar ialah _____________

36.     Bahagian biji benih yang akan berkembang menjadi pucuk ialah ____________

37.     Percambahan biji benih memerlukan suhu yang sesuai, oksigen dan ________.

38.     Semasa percambahan biji benih, kotiledon akan naik ke atas permukaan tanah.

           percambahan jenis ini dikenali sebagai percambahan ___________

39.     Peringkat pertumbuhan yang paling pantas bagi manusia ialah pada peringkat

          _______________ dan remaja.

40.     Proses perubahan atau penjelmaan struktur dan fisiologi yang berlaku semasa

          perkembangan hidup serangga dikenali sebagai ______________.


[INDEKS]