TOPIK : TANAH DAN SUMBERNYA
(TINGKATAN 3)

1.     Lapisan bumi kita terbahagi kepada 3 lapisan iaitu kerak, mantel dan _______.

2.     Kerak bumi adalah lapisan luar bumi. Ia terdiri daripada atmosfera, hidrosfera

        dan ______________.

3.     Teras dalam wujud dalam bentuk ________________ manakala teras luar pula

        wujud dalam bentuk cecair.

4.     Lapisan atmosfera yang paling hampir dengan permukaan bumi disebut

        ___________________.

5.     Lapisan atmosfera yang membantu memantulkan gelombang radio disebut

        _______________

6.     Lapisan atmosfera yang paling luar dari bumi dan membantu satelit mengorbit

        bumi disebut __________________.

7.     Batuan terbahagi kepada 3 jenis iaitu batu igneus, enapan dan ____________.

8    . Batuan jenis ______________ terbentuk daripada magma lebur yang telah

        menyejuk.

9.     Bahagian berwarna hitam pada batu granit mengandungi _______________

10.     Konglomerat ialah salah satu contoh batuan jenis ____________________

11    . Marmar berasal daripada batu _______________ iaitu sejenis batu enapan.

12    . Batu enapan mempunyai ciri-ciri seperti berlapis-lapis, tidak berhablur dan biasanya

        mengandungi ________________. Ini kerana ia berasal daripada

        tumbuhan dan haiwan yang terenap di dasar laut berjuta-juta tahun dahulu.

13.     Proses pemecahan batuan kepada ketulan yang lebih kecil atau tanah dikenali

        sebagai ____________________ .

14.     Jenis tanah yang mengandungi paling banyak humus ialah tanah _____________.

15.     Sifat _______________ tanah membolehkan air naik menerusi tanah. Ini

        membantu akar mendapatkan air yang diperlukan untuk tumbuhan hidup.

16.     Sifat kapilari adalah paling tinggi dalam tanah _______________.

17.     Kaedah mengeluarkan organisma akuatik atau separa akuatik dalam tanah di

        kenali sebagai kaeadah corong ____________________.

18.     Bakteria pengikat nitrogen hidup di dalam bintil-bintil berwarna putih pada akar

        tumbuhan kekacang. Bintil-bintil yang mengandungi bakteria ini dikenali

        sebagai _______________.

19.     Bakteria yang hidup pada akar tumbuhan kekacang menukarkan gas ________

        daripada atmosfera kepada sebatian nitrat yang boleh diambil oleh akar

        tumbuhan.

20.     Untuk mengurangkan kealkalian tanah, baja ammonia seperti _____________

        sulfat boleh ditambahkan.

21.     Kebanyakan mineral yang wujud sebagai sebatian semula jadi adalah karbonat,

        ________________ dan sulfida.

22.     Galena adalah sebatian mineral yang mengandungi ___________ sulfida.

23.     Karbonat logam ----dipanaskan---> karbon dioksida + __________ logam.

24.     Karbonat yang tidak terurai apabila dipanaskan ialah kalium karbonat dan

        _______________ karbonat.

25.     Oksida logam + karbon ----dipanaskan---> karbon dioksida + ___________.

26.     Plumbum oksida + karbon ---dipanaskan---> karbon dioksida + __________

27.     Sebatian silikon terbahagi kepada silika dan ______________.

28    . Nama lain bagi silika ialah ____________________.

29.     Unsur bukan logam yang kedua paling banyak dalam kerak bumi ialah ______

30.     Semua sebatian silikon tidak larut dalam air kecuali _____________ silikat.

31.     Kalsium karbonat mengandungi unsur kalsium, oksigen dan __________.

32.     Kapur tohor dikenali juga sebagai _________________

33    . Kalsium karbonat + asid hidroklorik cair ----> __________ + karbon dioksida

        + air.

34.     Kalsium oksida bertindak balas dengan __________ menghasilkan kalsium

        hidroksida.

35.     Petroleum adalah satu sebatian _____________.

36.     Hasil penyulingan berperingkat petroleum yang dikeluarkan diperingkat kedua

        dari atas menara penyulingan ialah ______________

37.     Proses ________________ memecahkan molekul gas petroleum yang besar

        kepada molekul -molekul yang lebih kecil.

38.     Bijih timah ialah ________________ atau timah oksida.

39.     Apabila pita magnesium dibakar dalam satu balang gas mengandungi oksigen,

        nyala terang dihasilkan di samping serbuk berwarna putih. Serbuk berwarna

        putih itu ialah _____________________.

40.     _______________ ialah mineral yang paling keras. Ia terdiri daripada atom-

        atom karbon.

 


[INDEKS]