TOPIK : ELEKTRIK DAN ELEKTROMAGNET
(TINGKATAN 3)

1.    Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang disebut _________.

2.     Nuleus atom mengandungi neutron dan ______________ .

3.     ________________ dalam suatu atom bercas negatif.

4.     Cas _______________ terhasil apabila dua bahan bergesel antara satu sama

        lain.

5.     Satu bahan yang kehilangan elektron akan menjadi bercas _____________.

6    . Cas yang sama akan ________________ satu sama lain.

 7 . Namakan alat yang boleh digunakan untuk mengesan kehadiran cas

        elektrostatik.

8.     Dalam makmal, arus elektrik boleh disukat dengan menggunakan __________.

9.     Dalam makmal, beza keupayaan boleh disukat dengan menggunakan _______.

10.     Unit bagi arus elektrik ialah _______________ .

11.     Unit bagi beza keupayaan ialah _____________ .

12.     Unit bagi rintangan ialah ____________ .

13.     Arus elektrik dihasilkan oleh pengaliran cas-cas negatif iaitu ____________.

14.     Elektrolit yang digunakan dalam sel asid plumbum ialah asid ___________

        cair.

15.     Sel suria menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga _____________ .

16.     ______________ mesti disambung secara bersiri dalam litar.

17.     Perintang boleh ubah dkenali juga sebagai _____________.

18.     Jumlah ________________ dalam litar akan bertambah jika bilangan mentol

        ditambah secara bersiri.

19.     __________________ ialah ruang di sekeliling magnet yang dapat mengesan

        daya magnet.

20.     Apabila arus elektrik dialirkan melalui gegelung dawai, rod besi itu dapat

        menarik bahan magnet. Rod besi itu telah menjadi magnet sementara yang di-

        sebut __________________.

21.     Apabila urat daya magnet dipotong oleh suatu konduktor, arus terhasil dalam

        konduktor itu. Arus itu disebut arus ________________ .

22    . Dinamo basikal menukarkan tenaga ______________ kepada tenaga elektrik.

23.     Motor elektrik menukarkan tenaga ____________ kepada tenaga kinetik.

24.     Daya terhasil apabila arus terus mengalir melalui dawai yang terletak merentasi

        medan magnet. Arah daya yang bertindak dapat ditentukan dengan mengguna-

        kan Petua Tangan Kiri ______________.

25.     ______________ ialah suatu komponen elektronik yang digunakan untuk

        menentang pengaliran arus elektrik dalam litar.

26.     ______________ ialah komponen elektronik yang terdiri daripada dua keping

        logam yang diasingkan oleh bahan penebat. Ia berfungsi untuk menyimpan

        cas elektrik.

27.     _____________ ialah gegelung dawai yang mempunyai teras udara atau teras

        besi. Ia berfungsi menghasilkan medan magnet apabila arus mengalir melalui-

        nya.

28.     Unit penyukatan bagi induktor ialah _____________ .

29.     _____________ digunakan sebagai rektifier dalam litar elektronik iaitu

        menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.

30.     Setiap transistor mempunyai tiga punca iaitu tapak , pengumpul dan

        ___________________.

31.     Litar bersepadu atau litar kamil ialah litar elektronik lengkap yang dibina di atas

        sekeping _______________ yang sangat kecil.

32.     Di Malaysia, penjana elektrik _____________ digunakan untuk membekal-

        kan tenaga elektrik. Bahan api fosil seperti gas asli, petroleum atau arang batu

        dibakar untuk memanaskan air dan menghasilkan stim yang menyebabkan

        turbin berputar.

33.     ______________ ialah alat yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan

        voltan arus ulang-alik.

34.     Dalam transformer, gegelung yang disambungkan kepada punca voltan input

        disebut gegelung ________________ .

35.     Dalam pendawaian elektrik dirumah :

        kotak fius utama--->meter tenaga---> ______________----> fius litar

36    . Dalam palam tiga pin, dawai ___________ berwarna perang.

37.     Kadar penggunaan tenaga elektrik iaitu kuantiti tenaga yang digunakan dalam

        satu saat disebut _____________ elektrik.

38.     Fius disukat dalam unit _________________.

39.     Setiap lampu dan alat elektrik dirumah kita disambungkan dalam litar secara

        ________________ supaya setiap lampu dan alat elektrik tersebut boleh

        dikawal dengan menggunakan suis yang berasingan.

40.     Dalam transformer injak naik, bilangan lilitan pada gegelung _____________

        adalah kurang .

 


[INDEKS]