TOPIK  : BUMI DAN ALAM SEMESTA
(TINGKATAN 3)

1. Terdapat sembilan planet yang mengorbit ________________.

2. Namakanplanet yang paling kecil dalam sistem suria kita.

3. Namakan planet yang terletak paling hampir dengan bumi dan kedua hampir

    dengan matahari.

4. Planet _______________ merupakan planet tunggal yang berputar dari timur

    ke barat.

5. Planet ini kelihatan merah kerana permukaannya terdiri daripada besi oksida

    yang berwarna merah. Ia mempunyai saiz kira-kira setengah daripada saiz bumi.

   Kadang-kadang ia disebut planet merah. Namakan planet tersebut.

6. Namakan planet yang terbesar dalam sistem suria.

7. Namakan planet yang terletak paling jauh dari matahari.

8. Bumi berputar dari arah barat ke timur. Ini menyebabkan matahari kelihatan

    terbit di sebelah _______________.

9. Kejadian empat musim disebabkan oleh kesan peredaran bumi mengellingi

   __________________ .

10. Gerhana _____________ berlaku apabila bumi terletak di antara matahari dan

      bulan.

11. Terdapat dua jenis kalendar iaitu kalendar Gregory dan kalendar _________.

12. Kalendar ____________ berdasarkan kepada peredaran bumi mengelilingi

      matahari.

13. ______________ ialah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi matahari

      dalam orbit yang berbentuk elips.

14. Komet ______________ mengambil masa 76 tahun untuk membuat satu orbit

      lengkap. ini menyebabkan ia kelihatan sekali dalam tempoh 76 tahun.

15. ________________ ialah batuan dan logam yang terapung-apung di angkasa

     lepas. Ia berasal daripada asteroid dan komet.

16. Meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi disebut _____________ .

17. Meteor yang jatuh ke permukaan bumi disebut _________________ .

18. ________________ merupakan batuan yang mengorbit matahari antara planet

     Marikh dan Musytari.

19. "Ceres" ialah contoh _________________yang paling besar pernah ditemui.

20. Galaksi di mana terletaknya sistem suria kita disebut galaksi _____________.

21. Matahari sebenarnya ialah sebuah ________________.

22. Atmosfera matahari mengandungi tiga lapisan iaitu korona, kromosfera dan

   ________________ .

23. Lapisan paling luar bagi atmosfera matahari disebut lapisan _______________ .

24. Permukaan matahari yang kelihatan bercahaya dari bumi ialah lapisan yang

      disebut _________________ .

25. Ia adalah letusan cahaya yang sangat terang berhampiran tompok matahari.

      Suhunya kira-kira 5 000 000 darjah celsius. Ia juga membebaskan zarah-zarah

      yang bercas ke angkasa lepas. Fenomena yang berlaku dalam matahari ini di-
 
      sebut ________________ .

26. Ia merupakan awan gas hidrogen besar yang memecut keluar dari kromosfera

     matahari. Awan gas ini berwarna merah terang dan melengkung serta boleh

     naik setinggi 100 000 km. Fenomene yang berlaku di dalam matahari ini di-

    kenali sebagai _________________ .

27. Kandungan utama bintang ialah gas hidrogen dan _____________ .

28. Jarak yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun disebut satu tahun _________

29. Bintang juga dikelaskan mengikut saiz. Bintang yang mempunyai saiz yang

     lebih kecil daripada bumi disebut bintang _____________ .

30. Bintang yang mempunyai saiz kira-kira 100 kali ganda daripada saiz matahari

      dikenali sebagai bintang ____________________ .

31. Bintang yang paling panas berwarna _____________ .

32. Bintang yang sejuk berwarna __________________ .

33. Bintang boleh bertukar menjadi jasad lain. Super raksasa merah meletup

      menghasilkan cahaya dan haba. Letupan yang sangat besar ini disebut letupan

_________________ .

34. Selepas berlakunya letupan supernova, bahagian luar bintang akan terbuang ke

      angkasa lepas dan meninggalkan terasnya. Jika teras yang tertinggal itu sangat

      besar dan sangat tumpat, ia membentuk __________________.

35. ______________ ialah kumpulan bintang yang membentuk corak-corak

      tertentu di langit.

36. Dua belas buruj bermusim yang kelihatan dilangit pada masa yang berlainan

      dalam satu tahun disebut ________________ .

37. Buruj yang dapat dilihat sepanjang tahun termasuklah buruj ____________

      di kutub utara.

38. Teleskop astronomi pertama yang telah dapat digunakan untuk melihat objek

      di langit seperti bintang telah dicipta oleh ______________.

39. Orang pertama yang telah berjaya mengorbit bumi di angkasa lepas ialah

      Major _______________________

40. Orang pertama yang telah berjaya mendarat di bulan ialah ________________.

 


[INDEKS]