TOPIK : AIR DAN LARUTAN

(TINGKATAN 2)

1.     Proses perubahan rupa bentuk air daripada stim kepada ais dikenali sebagai

        __________________ .

2.     Garam yang terlarut dalam air akan menyebabkan takat __________ air

        tersebut meningkat.

3.     Garam yang terlarut dalam air akan merendahkan takat _____________ air

        tersebut.

4.     Ais terapung di atas permukaan air kerana ais ____________ tumpat daripada

        air.

5.     Air boleh menukarkan kertas ______________________ biru kepada merah

        jambu.

6.     Air boleh menukarkan warna ________________ kontang daripada putih

        kepada biru.

7.     Proses di mana molekul air terbebas ke udara di bawah suhu takat didih

        dikenali sebagai __________________.

8.     Proses pernafasan dan ___________________ oleh tumbuhan membebaskan

        wap air ke atmosfera.

9.     Wap air yang berada berdekatan dengan permukaan bumi yang terbentuk apa-

         bila udara sangat lembab dan suhunya rendah dinamakan ________.

10.    Satu molekul air terdiri daripada 2 atom _________________ dan 1 atom

         oksigen.

11.    Semasa elektrolisis air, gas _____________ dibebaskan pada anod.

12.    Semasa elektrolisis air, gas _________________ dibebaskan pada katod.

13.    Apabila gas ______________ diuji dengan kayu uji menyala,bunyi letupan "pop" terhasil.

14.    Melalui proses _______________ air ditukarkan menjadi stim dan kemudian ditukarkan
         semula   menjadi bentuk cecair.

15.    _______________ dan kapur mati dicampurkan ke dalam bekalan air yang

        akan disalurkan ke rumah kita untuk menggumpalkan bendasing.

16.   Cecair yang melarutkan sesuatu bahan dinamakan ______________.

17.   Namakan pelarut bagi iodin,klorofil,resin dan syelek.

18.   Namakan pelarut bagi getah dan sulfur.

19.   Namakan pelarut bagi plastik.

20.   Bahan yang bersifat _____________ akan menukarkan litmus biru kepada

        merah.

21.   Bahan yang bersifat ______________ akan menukarkan litmus merah kepada

        biru.

22.   Apabila sesuatu asid diuji dengan menggunakan penunjuk metil jingga, warna

        yang akan ditunjukkan ialah __________.

23.   Warna Penunjuk semesta akan bertukar menjadi _______________ jika

        digunakan untuk menguji alkali.

24.   Tanpa ______________ asid tidak menunjukkan sifatnya.

25.    Asid ___________ digunakan untuk menggumpalkan lateks.

26.     Apabila Kalium oksida larut dalam air, ______________ akan terhasil.

27.     Ubat gigi bersifat ______________

28.     Apabila asid dan alkali dicampurkan dalam kuantiti yang betul, larutan yang

          terhasil adalah neutral. Tindak balas ini disebut ________________

29.     Semasa peneutralan asid oleh suatu alkali, air dan __________ akan terhasil.

30.     Peneutralan biasanya dilakukan dengan mencampurkan asid dalam suatu buret

          kepada alkali dalam suatu kelalang kon. Cara ini disebut _____________.

31.     Kalsium hidroksida dikenali juga sebagai ________________.

32.     Di dalam jus perut terdapat asid __________________

33.     Larutan yang tidak dapat nelarutkan zat terlarut lagi kerana mengandungi

          kuantiti zat terlarut yang maksimum dikenali sebagai larutan __________.

34.     Air dapat melarutkan paling banyak jenis bahan. kadang-kadang air dikenali

         sebagai pelarut _______________.

35.     __________________ Kalium klorida ialah 48 g per 100 ml air pada suhu 60

        darjah celsius.

36.     ________________ ditambahkan ke dalam bekalan air untuk membunuh

         mikroorganisma.

37.     Sumber air semula jadi yang paling bersih ialah air _____________.

38.     Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air ialah luas permukaan,

         suhu sekitar, gerakan udara dan _______________ udara.

39.     Alkohol + Iodin -----> ______________iodin.

40    . Nama lain bagi garam biasa ialah _______________.


[INDEKS]