Make your own free website on Tripod.com
TOPIK : SALING BERSANDARAN ANTARA BENDA HIDUP
DENGAN ALAM SEKITAR
(TINGKATAN 2)

1.     _________________ ialah tempat tinggal semula jadi bagi sesuatu organisma.

2.     Namakan habitat bagi unta dan pokok kaktus. ________________.

3.     ______________ialah suatu kumpulan organisma sama jenis yang hidup dalam

        habitat yang sama.

4.     ______________ terdiri daripada beberapa populasi berlainan jenis yang hidup

        bersama dalam satu habitat.

5.     _____________ terdiri daripada habitat serta semua benda hidup dan benda

        bukan hidup di dalamnya.

6.     Dalam satu rantai makanan, pengeluar terdiri daripada ____________ hijau.

7.     "Burung hantu digunakan untuk menghapuskan tikus di sawah padi". Kaedah

        seperti ini dikenali sebagai ______________________.

8.     Dalam satu rantai makanan, _________________ akan dialirkan dari satu

        organisma kepada organisma yang lain.

9.     Beberapa rantai makanan yang berhubung antara satu sama lain disebut

        ________________ makanan.

10.   Interaksi antara buran dan umang-umang dikenali sebagai ____________.

11.    Interaksi antara burung gembala dan kerbau dikenali sebagai ____________.

12.    Interaksi antara bakteria dan tumbuhan kekacang dikenali sebagai _________.

13.    Haiwan yang memakan haiwan lain dikenali sebagai haiwan __________.

14.    Haiwan yang menjadikan tumbuhan sebagai sumber makanannya dikenali

        sebagai haiwan ________________.

15.     _________________ ialah interaksi antara dua organisma berlaianan dengan

          satu organisma mendapat makanan daripada perumahnya.

16.     Dalam interaksi parasitisme, organisma yang mendapat faedah disebut

          ______________ .

17.     Cacing pita hidup di dalam usus haiwan seperti lembu. Interaksi tersebut di-

          kenali sebagai ____________________.

18.     Haiwan unisel yang memasuki aliran darah manusia melalui gigitan nyamuk

          anopheles betina ialah _________________ .

19.     Pertandingan di kalangan organisma untuk mendapatkan keperluan seperti

          tempat tiinggal, makanan, air dan cahaya disebut _________________ .

20.     Faktor-faktor alam sekitar yang mempengaruhi benda hidup ialah suhu, cahaya,

          kelembapan, tanah dan _________________ .

21    . Rumput ----> arnab ----> musang. Dalam rantai makanan ini, musang adalah

          pengguna ___________________.

22    . Proses fotosintesis oleh tumbuhan hijau membebaskan gas _____________.

23.     Fotosintesis memerlukan air, karbon dioksida dan tenaga daripada cahaya

           matahari yang diserap oleh ________________ pada daun hijau tumbuhan.

24.      Proses pereputan membebaskan gas ________________ ke atmosfera.

25    . Tenaga daripada ______________ merupakan punca tenaga asal bagi semua

        organisma.

26.     Namakan habitat bagi ikan paus.

27.     Unta mempunyai ______________ untuk menyimpan lemak (makanan) dan air.

28.     Sesetengah haiwan akan berehat dan tidur dalam jangka masa yang berpan-

          jangan pada musim sejuk . Kaedah penyesuaian haiwan ini dikenali sebagai

         ber_______________________.

29.     Singkatan bagi Institut Penyelidikan Hutan Malaysia ialah ___________

30.     Singkatan bagi Dana Sedunia Alam Semula Jadi ialah ______________ .
 


[INDEKS]