TOPIK : KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP

(TINGKATAN 1)

1.     Terdapat banyak jenis benda hidup di bumi. Benda hidup juga dikenali sebagai

        ________________ .

2.     ________________ ialah tempat tinggal semula jadi organisma.

3.     ________________ ialah benda hidup yang begitu seni yang hanya boleh

        dilihat dengan menggunakan mikroskop.

4.     Lima kumpulan utama mikroorganisma ialah bakteria, virus, protozoa, kulat

        dan ______________.

5.     Perbezaan antara spesies yang sama (misalnya antara manusia) disebut _______

6.     Unit asas bagi hidupan ialah ____________

7.     Sekumpulan sel membentuk tisu. Sekumpulan tisu akan membentuk ________.

8.     ________________ dalam sel haiwan dan tumbuhan merupakan pusat bagi segala

        aktiviti sel.
9.     ________________ dalam sel tumbuhan terdiri daripada sap sel yang

        mengandungi gula dan garam mineral terlarut.

10.     __________________ pada sel tumbuhan menghasilkan klorofil.

11    . Sel ______________ tidak mempunyai dinding sel.

12.     ____________ sel berfungsi untuk mengawal bahan yang masuk dan keluar

        dari sel.

13.     Sel ---> tisu ---> organ -----> ____________ ------> organisma hidup.

14.     Sel darah ____________ berfungsi untuk membunuh bakteria yang masuk

          ke dalam badan kita.

15.     Sel darah _______________ berfungsi mengangkut oksigen.

16.     Sel pembiakan lelaki dikenali sebagai ________________ .

17.     Sel pembiakan perempuan dikenali sebagai ______________ .

18.     Perut ialah salah satu organ dalam sistem ________________.

19.     ______________ berfungsi untuk mengepam darah dalam tubuh badan kita.

20.     Peparu menyerap gas _____________ semasa kita bernafas.

21.     Ginjal ialah salah satu organ dalam sistem ______________ air kencing.

22.     Ginjal disambungkan ke pundi kencing oleh salur ginjal atau ___________ .

23.     Ovari adalah salah satu organ dalam sistem ____________ manusia.

24.     Haiwan bertulang belakang dikenali sebagai ________________.

25.     Tumbuhan berbunga terbahagi kepada 2 iaitu tumbuhan monokotiledon dan

        _____________________ .

26.   Tumbuhan tidak berbunga terdiri daripada alga, kulat, ____________ dan paku

        pakis.

27.   Haiwan bertulang belakang terbahagi kepada ikan, _______________,reptilia,

        burung dan mamalia.

28.    Kelawar termasuk dalam kumpulan _______________.

29.   Katak termasuk dalam kumpulan ______________.

30.   Tumbuhan berbunga dibahagikan kepada dua kumpulan. Pokok jagung

        termasuk dalam kumpulan _________________.

31.   Tumbuhan monokotiledon mempunyai daun yang berurat ___________.

32.   Tumbuhan dikotiledon mempunyai akar ______________ dan batang berkayu

        keras.

33.   Kulat tidak mempunyai biji benih. Ia membiak melalui _____________.

34.   Kulat yang mendapatkan makanannya daripada benda hidup dikenali sebagai

        parasit. Kulat yang mendapat makanannya daripada bahan organik yang

        mereput dikenali sebagai ________________ .

35    Kelawar membiak melalui proses persenyawaan ________________.

36    Katak dan kodok membiak melalui proses persenyawaan _____________.

37.   Haiwan X berdarah sejuk , tidak mempunyai sirip dan mempunyai kulit lembap

         tidak bersisik . X termasuk dalam kumpulan haiwan ___________ .

38.    Cacing tanah, ketam,labah-labah dan lipan ialah contoh haiwan yang tidak

        bertulang belakang atau dikenali sebagai haiwan _________________ .

39.    Pigmen hijau pada daun dikenali sebagai ________________ .

40.    Tumbuhan tidak berbunga yang tidak mempunyai klorofil : ______________


[INDEKS]