TOPIK : KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI
(TINGKATAN 1)

1.     Sumber asas di bumi ialah udara, air, ___________, haiwan dan tumbuhan.

2.     Bumi kita dikelilingi oleh satu lapisan udara yang disebut ____________.

3.     __________________ ialah sesuatu yang memenuhi ruang dan mempunyai

        jisim.

4.     Jirim wujud dalam 3 rupa bentuk iaitu ___________, cecair dan gas.

5.     ______________ sesuatu bahan ialah jisim bagi satu centimeter padu bahan itu.

6.     Pepejal yang ____________ tumpat akan timbul di permukaan air.

7.     Namakan proses bagi perubahan rupa bentuk jirim berikut:

        Gas -----------------> cecair

8    . Cecair -------> pepejal. Proses yang terlibat ialah ________________.

9.     Pepejal --------> gas. Proses yang terlibat ialah __________________.

10.     Penyejatan berlaku pada sepanjang masa dan suhu manakala _____________

        berlaku pada takat didih cecair itu sahaja.

11    . Pergerakan zarah-zarah secara rawak dikenali sebagai gerakan ____________.

12.     Di antara 3 rupa bentuk jirim, __________________ mempunyai zarah-zarah

        yang tersusun paling rapat.

13.     Jirim yang wujud dalam rupa bentuk ____________ boleh dimampatkan kerana

        terdapat ruang yang besar antara zarah-zarahnya.

14.     Zarah-zarah bergerak daripada tempat yang mempunyai banyak zarah kepada

        tempat yang mempunyai kurang zarah. Proses pergerakan zarah ini disebut

        __________________ .

15.     Resapan zarah-zarah melalui _______________ adalah sangat perlahan .

16.     _________________ adalah zarah yang paling kecil dalam jirim.

17.     _______________ terdiri daripada dua atau lebih atom yang digabungkan.

18.     Satu molekul air terdiri daripada 2 atom _____________ dan satu atom

        oksigen.

19.     Satu molekul ammonia terdiri daripada 1 atom nitrogen dan 3 atom ________

20.     _______________ adalah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja.

21.     Terdapat 109 jenis _____________ dalam Jadual berkala.

22.     Kuprum, aluminium dan merkuri adalah contoh unsur ________________ .

23.     Wayar elektrik di rumah kita biasanya dibuat daripada logam ___________.

24.     _________________ adalah unsur bukan logam yang biasanya digunakan

        sebagai mata pensel dan elektrod dalam sel kering.

25.     _________________ terdiri daripada dua atau lebih bahan yang tidak digabung

        secara kimia.

26.     Campuran 2 logam atau lebih dikenali sebagai ______________. Contohnya

        ialah keluli.

27.     _______________ terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabung secara

        kimia.

28.     Zarah paling kecil dalam sebatian ialah __________________ .

29.     Unsur yang terkandung dalam aloi gangsa ialah _____________ dan timah.

30.     Gabungan unsur kuprum dan zing membentuk aloi _________________.

31.     Campuran serbuk besi dan sulfur boleh diasingkan dengan menggunakan

        ______________________.

32.     Campuran besi dan sulfur dipanaskan. Hasilnya ialah Besi ___________.

33.     Hidrogen dan oksigen dalam air boleh diasingkan melalui proses __________.

34.     Larutan iodin disediakan dengan mencampurkan alkohol dan ___________.

35.     Unsur yang terkandung dalam kuprum sulfat ialah kuprum, sulfur dan

        ________________.

36.     Semasa pernafasan oksigen digunakan untuk memecahkan bahan makanan

        bagi menghasilkan_______________________.

37.     Karbon dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makan-

          an yang dikenali sebagai proses______________________.

38.     Tumbuh-tumbuhan dan ___________________ merupakan sumber utama

        yang memenuhi keperluan asas manusia.

39.     Bahan makanan utama yang dihasilkan daripada proses fotosintesis ialah

        ______________________ (sejenis karbohiderat ringkas).

40.     Tumbuh-tumbuhan bernafas melalui liang-liang pernafasan kecil yang di

        panggil ____________________.


[INDEKS]