TOPIK : BENTUK DAN SUMBER TENAGA
(TINGKATAN 1)

1.     Tenaga ______________ daripada matahari digunakan untuk mengeringkan

        pakaian.
 
2.     Tenaga ______________ daripada matahari digunakan oleh tumbuhan hijau

        untuk menjalankan fotosintesis.

3.     ____________________ tidak boleh bergerak melalui vakum.

4.     Minyak petrol menyimpan tenaga __________________ .

5.     Tenaga ________________ dihasilkan oleh dinamo basikal.

6.     Tenaga ________________ dipunyai oleh sesuatu objek yang sedang bergerak.

7.     Tenaga ________________ tersimpan di dalam sesuatu objek disebabkan oleh

        kedudukan atau rupa bentuknya.

8.     Suatu spring yang dimampatkan menyimpan tenaga ________________.

9.     Tenaga _______________ dihasilkan melalui penggabungan dua atom kecil atau

        pembelahan nukleus atom besar.

10.     Tenaga ______________ ialah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan yang

        dipunyai oleh suatu jasad.

11    . Buah durian yang sedang gugur mempunyai tenaga _________________.

12.     Apabila sedikit natrium hidroksida dilarutkan dalam air, air tersebut menjadi

        panas. Perubahan tenaga yang berlaku ialah daripada tenaga ____________ kepada

        tenaga haba.

13.     Sebuah bateri bekal yang sedang dicas menukarkan tenaga ____________

        kepada tenaga kimia.

14.     Sebuah akumulator asid plumbum yang sedang digunakan akan menukarkan

        tenaga _______________ kepada tenaga elektrik.

15.     Prinsip ____________ tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau

         dimusnahkan tetapi ia hanya boleh berubah daripada satu bentuk
 
         kepada bentuk yang lain.

16.     Elektrolit yang digunakan dalam sebuah sel asid plumbum ialah asid _______

         cair.

17.     Air dalam sebuah empangan menyimpan tenaga _____________.

18    . Motor elektrik menukarkan tenaga _____________ kepada tenaga kinetik.

19.     Semasa fotosintesis, tumbuhan hijau mensintesis glukosa dengan menggunakan

         air, karbon dioksida serta tenaga cahaya yang diserap oleh _____________.

20     Gas ________________ terhasil semasa fotosintesis.

21.     Apabila sedikit bahan makanan dibakar dalam satu balang gas berisi oksigen,

        tenaga _________________ akan dibebaskan di samping air dan karbon

        dioksida.

22.    Kertas __________ klorida biru akan bertukar menjadi merah jambu. Ujian ini

        menunjukkan kehadiran air.

23.     Air ____________ boleh diguna untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida.

24.     Aliran tenaga daripada satu organisma kepada organisma yang lain disebut

        ____________ makanan. Contohnya : Padi--->tikus-----> ular.

25.     Haiwan ______________ makan tumbuhan sahaja untuk memperolehi tenaga.

26.     Haiwan ____________ makan haiwan sahaja untuk memperolehi tenaga.

27.     Haiwan _____________ makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan untuk

         memperolehi tenaga.

28.     Beberapa rantai makanan yang berhubung antara satu sama lain disebut

        ________________ makanan.

29.     Dalam suatu rantai makanan, _________________ adalah tumbuhan hijau yang

        dapat menghasilkan makanannya sendiri secara fotosintesis.

30.     Pengguna ________________ adalah haiwan yang makan tumbuhan sahaja.

31.     Pengguna _________________ adalah haiwan yang makan haiwan herbivor.

32.     Tenaga dalam siratan makanan berasal daripada _________________.

33.     Tindak balas ___________ yang berlaku dalam matahari menghasilkan banyak

          tenaga haba dan tenaga cahaya.

34.     Tenaga dari matahari disebut tenaga _____________. Contoh alat yang

          menggunakan tenaga ini ialah pemanas suria.
 
35.     Mata air panas dan letupan gunung berapi menunjukkan bahawa tenaga haba

         banyak tersimpan di dalam bumi. Tenaga ini disebut tenaga _____________.

36.     Tenaga ______________ diperolehi daripada bahan organik yang tidak di-

          kehendaki, misalnya sampah sarap dan sisa kelapa sawit.

37.     Minyak mentah dikenali juga sebagai _______________.

38.     Gas asli di Malaysia kebanyakannya adalah gas ________________.

39.     Apabila kayu api dipanaskan dalam bekalan oksigen yang terhad,

        _________________ akan terbentuk. Bahan api ini boleh digunakan untuk

        memanggang sate.

40.     Contoh bahan ____________ ialah uranium-235, radium-226, karbon-14

        dan kobalt-60.

 


[INDEKS]