TOPIK : UDARA DI SEKELILING KITA
(TINGKATAN 1)

 

1.     Apabila suatu bikar yang mengandungi ais dibiarkan dalam udara, air mengkon-

        densasi pada sisi bikar itu. Ini menunjukkan udara mengandungi ___________.

2.     Air boleh menukarkan _____________ kontang dari putih ke biru.

3.     Air boleh menukarkan kertas kobalt _____________ daripada biru kepada

        merah jambu.

4.     Gas _______________ merupakan gas yang terbanyak di atmosfera (78%).

5.     Kandungan gas _____________ di atmosfera ialah kira-kira 21%.

6.     Proses pernafasan, pembakaran, pereputan dan _______________ adalah

        proses yang memerlukan oksigen.

7.     Satu per_________ daripada isipadu udara adalah gas oksigen yang

        menyokong pembakaran.

8.     Tekanan ________________ menjadi semakin kurang apabila semakin tinggi

        dari bumi kerana udara semakin kurang.

9.     Tekanan atmosfera boleh disukat dengan menggunakan alat yang disebut

        __________________ aneroid.

10.   Merkuri boleh melarutkan barang perhiasan diri yang diperbuat daripada

        logam _____________ .

11.   Picagari merupakan satu contoh alat yang berfungsi berdasarkan prinsip

        tekanan _____________.

12.    Tekanan gas akan ber _______________ apabila gas dimampatkan kerana

        lebih banyak zarah gas melanggar dinding bekas per saat.

13.    Tekanan gas biasanya disukat dalam unit ______________ (Pa).

14.     Tekanan gas boleh disukat dengan menggunakan Tolok ____________.

15.      Tin _______________ digunakan untuk menyimpan beberapa jenis bahan

           di bawah tekanan tinggi misalnya racun serangga, minyak wangi dan cat.

16.    Gas oksigen bersifat ______________. Ia tidak memberi kesan ke atas

         kertas litmus atau penunjuk hidrogen karbonat.

17.     Gas oksigen sangat larut dalam _______________ beralkali.

18.     Kayu uji _____________ digunakan untuk menguji kehadiran gas oksigen.

19.     Di dalam makmal, gas karbon dioksida boleh disediakan dengan mencampur-

         kan __________ karbonat (batu kapur) dan asid hidroklorik cair.

20.     Di makmal, gas nitrogen disediakan dengan memanaskan campuran larutan

          ammonium klorida dan larutan ______________.

21.     Gas karbon dioksida adalah _______________ tumpat daripada udara.

22.     Gas karbon dioksida bersifat _______________ sedikit. Ia boleh menukarkan

         warna kertas litmus.

23.     Karbon dioksida dalam rupa bentuk pepejal atau dikenali sebagai ___________

         digunakan untuk menyejukkan aiskrim.

24.     Soda penaik dikenali juga sebagai natrium ______________.

25.     Soda basuh dikenali sebagai natrium ________________.

26.     Gas ______________ digunakan untuk mengisi lampu iklan yang boleh

           mengeluarkan cahaya jingga dan merah.

27.     Gas __________ digunakan untuk mengisi mentol filamen supaya filamen tahan

          lama dan permukaan dalam mentol tidak manjadi hitam.

28.     Gas ____________ diguna untuk mengisi lampu iklan yang boleh menghasilkan

         cahaya berwarna hijau yang terang.

29.     Gas _____________ digunakan sebagai anestetik dan untuk mengisi lampu

          yang boleh menghasilkan cahaya berwarna biru.

30.     Sebatian _________________ mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja.

31.     Logam + oksigen ----> ______________ logam.

32.     Kuprum + Oksigen -----> ________________

33.     Proses pengaratan memerlukan ____________ dan udara.

34.     Proses pengoksidaan makanan dalam sel disebut ______________ sel.

35.     Hidung ---> Trakea ----> Bronkus----> ____________ ----> alveolus.

36.     _______________ ialah tempat di mana berlakunya pertukaran gas dalam

        paru-paru semasa respirasi. Permukaannya sentiasa lembap dan disaluti banyak

        kapilari darah.

37.     Liang yang membenarkan gas masuk dan keluar daripada daun disebut

        ______________.

38.     Kandungan karbon dioksida yang meningkat dalam atmosfera menghalang

        haba matahari yang sampai di bumi daripada dipantulkan balik ke angkasa

        lepas. Bumi menjadi lebih panas. Keadaan ini disebut kesan ___________.

39.     Gas ________dioksida adalah gas beracun. Ia melarut dalam air hujan membentuk hujan

          asid. ia juga menyebabkan penyakit seperti bronkitis dan kanser peparu.

40.     Gas ini gas yang beracun. Ia berpadu dengan ____________ dalam sel darah

          merah kita membentuk sebatian karboksihaemoglobin. 


[INDEKS]