TOPIK : HABA DAN PEMINDAHANNYA
(TNGKATAN 1)

1.     ___________ ialah darjah kepanasan sesuatu bahan. Ia disukat dalam unit

        darjah celsius.

2.     Kebanyakan peralatan memasak diperbuat daripada logam __________kerana

        ia merupakan konduktor haba yang baik.

3.     Air akan ________________ apabila disejukkan dari suhu 4 darjah celsius ke

        0 darjah celsius.

4.     Proses pemindahan haba melalui sesuatu bahan (contohnya: melalui rod logam)

        disebut _________________.

5.     Konduktor haba yang tidak baik disebut ______________ haba.

6.     Jika hablur kalium mangganat di dalam kelalang air dipanaskan, suatu arus

        berwarna dilihat bergerak ke atas dan menurun di tepi kelalang. Pemindahan

        haba dalam eksperimen ini berlaku melalui cara ________________.

7.     Pada waktu siang, udara panas di daratan naik dan udara yang sejuk bergerak

        dari laut ke daratan. Ini menyebabkan kejadian ______________.

8.     Bayu darat berlaku pada waktu ____________.

9.     Jika satu termometer diletakkan di bawah mentol yang menyala, termometer

        itu menunjukkan kenaikan suhu. Haba dipindahkan melalui proses ________.

10.     Proses pemindahan haba secara _____________ boleh berlaku melalui vakum.

11.     Proses pemindahan haba secara ______________ berlaku dalam pepejal, cecair

        dan gas.

12.     Proses pemindahan haba secara ____________ berlaku dalam gas dan cecair.

13.     Proses pemindahan haba secara _____________ tidak memerlukan sebarang

        medium.

14.     Permukaan yang legap adalah penyerap dan _____________ haba yang baik.

15.     Respirasi sel : Glukosa + Oksigen ---->_________ + karbon dioksida + air

16.     Apabia otot ________________ pada kulit mengecut, bulu roma akan

        menegak.

17.     Lapisan ______________ di bawah kulit adalah penebat haba. Ia menghalang

         kehilangan     haba melalui kulit.

18.     Penyejatan peluh daripada kulit akan menyingkirkan ___________ daripada badan.

19.     Haba dalam tumbuhan dikawal melalui proses _______________ dan

          kelayuan.

20.     Pokok _____________ di kawasan gurun mempunyai daun yang diubahsuai kan

          menjadi  duri untuk mengurangkan transpirasi melalui daun.

21.     Pemanasan satu rod logam akan menyebabkan zarah-zarahnya ___________ dengan

         lebih cepat pada kedudukan tetap.

22.     Logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik yang digunakan dalam termometer

         ialah __________________.

23.     Udara adalah ________________ atau pengalir haba yang tidak baik.

24.     Pada waktu malam, bayu _______________ akan berlaku. udara panas dari

         laut naik dan digantikan oleh udara sejuk dari daratan.

25.     Sinaran haba berlaku apabila haba dipindahkan mengikut garis lurus dalam bentuk

        _______________.

26.     Melalui proses ________________, haba disingkirkan keluar bersama-sama

        air kencing.

27.     Vakum dalam kelalang termos menghalang kehilangan haba secara perolakan

        dan __________________ .

28.     Dinding kaca kelalang termos disaluti perak untuk mencegah kehilangan haba

        melalui _________________.

29.     Pada hari panas, ________________ darah di bawah permukaan kulit akan

        mengembang supaya lebih banyak darah dibekalkan ke kawasan itu.

30.     Air paling ______________ pada suhu 4 darjah celsius.

31.     Logam akan _____________ apabila dipanaskan dan mengecut apabila di-

        sejukkan.

32.     Selain daripada merkuri, namakan satu lagi cecair yang biasanya digunakan

        dalam termometer.

33.     Alat ini terdiri daripada jalur dwilogam. Ia digunakan dalam alat-alat elektrik

        seperti seterika, periuk nasi dan peti sejuk. Alat tersebut dinamakan

        _________________ .

34.     Jirim akan mengembang apabila dipanaskan dan akan ___________________

        apabila disejukkan.

35.     Sebuah jalur ____________________ dibuat daripada dua jenis logam yang

        digabungkan bersama.


[INDEKS]